Hargai Ibu Bapamu. Pulanglah Sebelum Terlambat.



Adi anak tunggal Pak Ramli dan Kak Tipah. Sejak 10 tahun lalu, Adi jarang balik ke kampung kerana tuntutan kerja. Kadang2 raya pun tak balik.

Satu hari, Kak Tipah menelefon Adi memberitahu bahawa dirinya sakit. Tidak boleh berjalan seperti biasa. Seperti biasa Adi hanya mengirim wang utk ibunya membeli ubat.

"Maafkan saya Mak, saya sibuk ni"

Harini sibuk.

Esok sibuk.

Lusa lagi sibuk.

Lama-kelamaan Adi sudah lupa tentang ibu dan ayahnya.

Satu hari Adi seperti biasa sibuk dengan urusan kerja dan entertain kawan2. Ada 40 miscall dari ibunya. Tapi kerana sudah terlalu lewat, Adi tidak membalas panggilan itu.

Malam itu Adi bermimpikan ibunya. Ibunya datang dgn berpakaian serba putih. Ibunya tidak bercakap apa-apa kecuali mengalirkan airmata.

Adi terbangun dalam keadaan berdebar2.

Dilihat jam menunjukkan pukul 6 pagi. Adi terus bangun mengambil wuduk dan menunaikan solat Subuh yg telah lama ditinggalkannya.

Dia menangis teresak2 di dalam solatnya. Entah kenapa hatinya dihimpit pilu. Ingatan terhadap ibu dan ayah datang bertalu2.

Sebaik saja selesai berdoa, Adi terus menghidupkan keretanya. Satu arah saja - kampung!
Dia cuba menghubungi ibunya, namun panggilan tidak dapat disambung.

Sepanjang perjalanan, Adi dipukul rasa tidak sedap hati.

Perjalanan 10 jam menjadi 5 jam sahaja. Adi sudah sampai di kampungnya. Rumahnya seperti biasa, sunyi tanpa sebarang suara.

"Assalamualaikum Mak, Abah!"

Pak Ramli membuka pintu. "Waalaikumussalam, Adi! Kau balik nak..."

"Mak mana, Abah?"

"Mak kau dah tak ada..."

Tanpa menunggu, Adi terus masuk ke kereta. Dihidupkan enjin keretanya menuju ke tanah perkuburan.

Walaupun tidak diketahui yang mana satu pusara ibunya, namun Adi menangis mengongoi2 di tanah perkuburan itu.

"Maafkan Adi Mak... Ampunkan Adi Mak...!!! Adi anak derhaka, Adi berdosa pada Mak... Mak... berilah Adi peluang sujud kaki Mak... Makkkkk...~~~!!!"

Tiba2 Adi terasa bahunya disentuh seseorang. Adi mengangkat kepalanya.
"M... maaak....?" Dia mula terasa suspens seram lagi angker melihat ibunya berdiri di depannya. Berpakaian serba putih...

"Adi buat apa kat sini?"

Adi masih terpaku. Mukanya pucat lesi.

Dari jauh kelihatan Pak Ramli berlari2 menuju ke tanah perkuburan itu...

"Adiii!!! Penat Abah kejar. Buat apa kau datang sini..." ucap Pak Ramli termengah2.

"Abah... abah kata Mak dah meninggal..." kata Adi dalam keadaan menggeletar sambil menjeling jasad Kak Tipah di depannya.

"Meninggal? Eh Mak elok2 je ni. Mak tengah jogging ni. Cantikkan jumpsuit baru Mak ni. Mak lalu sini tengok2 macam kereta kau. Tu Mak singgah tengok. Memang kau rupanya"

"Adi..." ujar Pak Ramli. "Tadi Abah nak cakap... Mak kau dah tak ada sakit2 macam itu hari dah... Mak dah boleh jogging dah..."

Adoi.

Kredit to : Lyna Noh

Comments