ANAK TERABAI KERANA BISNES


Hah, sentap?

Orang sentap ni, tak cukup nutrisi, mohon cukupkan nutrisi dalam badan tu ye.

Ok, macam mana nak urus masa antara bisnes dan anak2?

Tambah lagi 1, urusan kemas2 rumah.

Untuk yang bekerja, mesti kerap kali fikirkan soal ini. kan?

Tapi, untuk yang suri rumah? Pun tak cukup masa?

Ok, meh nak kongsi sikit beberapa tips urus masa tanpa abaikan anak2.

(KHAS UNTUK SURI RUMAH DAN INSAN BERGELAR IBU).

1. Buat checklist dan jadual.

Planner yang korang borong dari tahun lepas tu, guna kan la sebaik nya, tulis jadual dan list harian.

mana yang penting, mana yang nak kena buat dulu, mana yang nak kena siapkan hari ni dan sebagainya.

TIPS, kerja2 rumah seperti mencuci, mengemas, memasak tu setelkan sebelum zohor.

Kalau rumah sepah semula, kemas esok nya.

Atau kemas sebelum suami balik dari ofis. Jangan lupa sediakan air secawan 😉

2. buat kerja bersama anak2.


Ini part yang anak2 tunggu sebenarnya.

Tapi, kebanyakan dari kita selalu suruh anak main jauh2. biar mak buat keje sorang2. Dah tu nanti bila beso kang, mak sorang2 kat dapur. anak main fon. Sadis.

Ajak anak2 buat keje sama2.

Time masak, suruh anak kupas bawang ke, ambil sayur dalam peti ais ke, susun pinggan ke dan sebagainya.

Aktiviti yang sesuai mengikut umur.

3. Waktu kerja adalah waktu me time.

Dah setel kerja2 rumah, masuk la SOHO dengan gembira.

Kalau anak masih bulat mata. kita nak update blog, dia pon nak update blog?

buka kan apps learning. contoh ABC, counting atau apa2 apps belajar lah. Tak de idea, ko bukak calculator pon diorang dah HAPPY giler!

4. Ajak anak2 solat dan mengaji bersama.

Ini perlu diulang2 pada anak2 dan diri sendiri.

Allah bagi masa kat manusia ni sama je 24 jam sehari.

Tapi macam mana kadang tu kita asyik rasa tak sempaaat je?

Luangkan masa untuk Dia.

Doa agar dimudahkan segala urusan dan diberikan masa untuk selesaikan segala kerja dan rutin harian.

Pastikan segala yang kita usahakan tu berhasil. Tak de la anak2 rasa rugi masa mak dia abai kan dia. haha


So, korang biasa manage masa cem mana? share sikit.

Love,
Aqilah Ismail,
kangarooTEAM


Comments