Tips ringkas wujudkan Small Office Home Office (SOHO) di rumah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Small Office Home Office (SOHO) merupakan perkara penting yang perlu ada di setiap rumah. Kenapa penting SOHO ni? Fakta menyatakan, 80% orang yang berjaya mempunyai ruang kerja sendiri di rumah.

Haa, korang tunggu apa lagi? Sediakan SOHO masing-masing ya. Nak berjaya kan??

SOHO ni tak kira la nak buat kat mana-mana ruang pun dalam rumah korang. Ruang bawah tangga ke, ruang kecil dalam bilik ke, celah-celah tempat mainan anak korang ke, yang penting korang selesa buat kerja bila masuk SOHO.

Ni antara SOHO yang ada kat pakcik google.




Tengok, simple je kan? Kalau korang nak tahu, tujuan SOHO juga adalah untuk membuatkan kita lebih BERSEMANGAT untuk buat kerja. Cuba korang bayangkan, kita ni nak buat kerja, tapi dok baring-baring atas katil dengan anak. Tak ke hilang fokus tu? Lepas tu tertidur pulak. So, dengan adanya SOHO ni, semuaaa benda boleh disusun. baru la semangat!

Tips SOHO :

1. Ringkas dan Kemas.

     Tidak terlalu banyak aksesori yang bertujuan sebagai hiasan. Tak salah nak letak banyak hiasan, tapi jangan terlalu padat dan SOHO kita tu penuh dengan benda-benda hias je. Kalau banyak sangat pun, lama-lama kita yang rimas. Pastikan SOHO kita kemas. Baru sedap mata memandang.

2. Kedudukan yang fleksible.

     Maksudnya, kita senang nak bergerak dalam SOHO kita tu. Contoh kalau ibu bapa yang ada anak kecil, boleh cari ruang yang sesuai untuk dijadikan pejabat sambil boleh tengok anak-anak main.

3. Sesuai dan Selesa.

     Apa yang sesuai? Tempat untuk letak alatan-alatan kita la. Takkan buku, laptop, alat tulis, dokumen, barang-barang lain nak letak atas satu meja je kan? Mestila nak kena ada meja dan rak yang sesuai. Pastikan juga kita selesa dengan ruang yang kita pilih.

4. Kretiviti.

     Tidak menjadi masalahkalau korang nak tiru sebijik macam yang korang google atau tengok kat IKEA (contohnya). Tapi, lagi cantik dan puas hati kalau kita susun dan buat ikut kretiviti kita sendiri. Olah la sikit-sikit.

5. Kemampuan.

     Yang ni la yang paling penting. Kemampuan dari segi kewangan. hehe. Buat la SOHO korang tu nampak MENARIK, SELESA, RINGKAS, KEMAS tapi dengan kemampuan yang korang ada. Nak shopping untuk deco pon cari yang murah-murah je. Macam kat kedai Mr. DIY atau kedai RM2 atau DAISO atau Eco. (eh, banyak pulak).


Ni contoh SOHO untuk tukang jahit. Huuiii, bekenan betul tengok. hehe

Tak kira la SOHO korang duduk kat celah mana, yang penting, korang dah buat keputusan untuk melangkah setapak ke hadapan untuk terus maju dan serious untuk melakukan sesuatu. So, boleh la buat vision board masing-masing. Tempek kat SOHO tu.

Taraaaa, ni la SOHO saya dan suami. Ringkas je tapi puas hati. Saya suka, saya suka!

Monitor tu version lama. Bagi anak tengok movie. Maklum la rumah tak de TV. ( Sebelum ada monitor tu, skrin laptop memang WAJIB bahagi dua. Sebelah buat kerja, sebelah bukak movie. Haaa, sebab tu la suami prihatin p cari monitor murah. hehe)

Tali tu untuk letak notes, sepit dengan penyepit comel-comel. Cari kat Mr. DIY je. Murah.

Ada rak buku, boleh la letak buku sikit. Dah habis baca, update buku lain pulak. Yang bahagian bawah tu memang dikosongkan sebab bagi chance anak-anak nak letak mainan atau buku diorang.

Letak la kata-kata sikit. Kasi lagi SEMANGAT!

Vision board nanti print then tempek kat SOHO. ^_^

Korang jangan lupa share SOHO korang ea. :)

Comments