Daun sirih petua kulit cantik

Ramai yang tidak tahu megenai kebaikan daun sirih dalam dunia kecantikan. Tanaman yang banyak ditemukan di Madagascar dan Afrika Timur ini mengandungi protein, karbohidrat, serat, vitamin A, vitamin C dan banyak lagi. Ia tumbuh secara memanjat dengan warna hijau yang memenuhi hampir keseluruhan pohonnya. Dari daun sehingga bahagian batang, kepedasan yang terasa pada daun sirih menjadikan ia sebagai bahan terbaik menjadi ubat untuk kesihatan badan.
     Tahukah anda daun sirih juga adalah salah satu daripada bahan yang dijelmakan dalam produk kecantikan? Kandungan flavonoid dan antioksidan merupakan kandungan utama untuk membantu proses menghaluskan kulit. Kulit yang mengalami regenerasi semakin lama menggantikan sel-sel kulit mati dengan yang baru.
MELAWAN JERAWAT
    Daun sirih memiliki khasiat sebagai bahan antiseptik yang mampu membunuh kuman. Ia mengempiskan jerawat yang tiba-tiba hadir menggangu kulit wajah mulus anda. malah, daun sirih juga menghilangkan noda bekas jerawat. Apa kata, cuba tip di bawah untuk mendapatkan wajah cerah tanpa jerawat.
  • Sediakan beberapa keping daun sirih dan cuci bersih.
  • Rebus daun sirih dengan tiga gelas air panas sehingga airnya berkurangan.
  • Gunakan air rebusan daun sirih tersebut untuk membasuh muka.
  • Lakukan dua hingga tiga kali sehari demi hasil yang maksimal.
     Daun sirih memiliki daya untuk mematikan kuman dan antioksidan. Cucian wajah menggunakan sumber semula jadi membantu melawan bakteria yang hinggap di wajah daripada pencemaran udara atau radikal bebas.
MENCERAHKAN KULIT
     Selain produk yang menggunakan teknologi terkini, anda juga boleh mula mengenali dunia kecantikan dari kaca mata behan semula jadi. Untuk mencerahkan kulit, anda mungkin boleh cuba cara di bawah :
  • Beberapa daun sirih disediakan dan cuci dengan bersih.
  • Ramas daun sirih sehingga terhidu baunya.
  • Cuci muka dengan air suam atau sedikit panas agar pori wajah terbuka.
  • Letakkan daun sirih yang diramas ke dalam mangkuk dan tuangkan air panas. Celup keseluruhan daun agar air tadi sebati dengan daun sirih.
  • Halakan wap yang terhasil dari mangkuk pada wajah dan biarka ia stim pada wajah.
     Lakukan dua kali seminggu secara teratur Ia membantu wajah kusam kembali segar dan cerah tanpa jerawat.
Image result for daun sirih
MENGHALUSKAN KULIT
     Kehalusan kulit pada wajah tentu menjadi idaman setiap wanita. Selain skrub yang biasa anda gunakan, daun sirih juga membantu menghaluskan kulit.
  • Ambil tiga atau lima lembar daun sirih atau daun sirih merah.
  • Tumbuk daun sirih dengan campuran air panas.
  • Apabila campuran tadi sudah suam, letakkan pada wajah.
lakukan seminggu sekali sebelum tidur.
LAGI-LAGI DAUN SIRIH
Image result for daun sirih merah
     Selain daun sirih biasa, daun sirih merah juga berkesan dalam penghasilan produk kecantikan. Ia tumbuh subur dan sangat terkenal kerana kebaikan yang terkandung dalam setiap helaian daun sirih. Manfaat daun sirih merah untuk wajah telah lama digunakan masyarakat Jawa kerana kandungan alkaloidnya berfungsi sebagai anti mikroba.
     Antara lain, daun sirih merah juga bermanfaat dalam kesihatan kerana ia membantu menyembuhkan pelbagai penyakit seperti :
  • Diabetes
  • Batu karang
  • Mencegah strok
  • Hepatitis
  • Hipertensi.



Sumber : Majalah NONA

Comments